Sunday, July 18, 2010

kalau Boleh nk bg nyawa kat dia.. tp dia


terkilan... tu benda pertama yg dpat ditaip n berlegar2 kat fikiran skrg nie..

npe?

atas sbb2 yg tertntu... bnda nie xleh dijelskan disini...

apa2 pun...

Ya Allah.. aku syg dia sgguh

Thursday, July 8, 2010

end off da world!!!

bila result muet mendedahkan diri beliau smalam....
beliau lgsung tidak membeli sedikit belas simpati kepda ramai insan2 yg senasib ngn budak band 3 ini...

pahal la law dgree kena kasi dpt band 4 nie(nada x puas hati campur sikit2 leleh)
kalu x... dh lama shah alam memanggil2...

setelah percubaan pertama telah menemui kegagalan
Sejarah berulang dgn jayanyer apabila band still di tokok lama yakni band 3

end off the world
cm nk gigit2 jer suma pokok2 yg ada

nk jerit2 smpai sakit2 tekak

*sori abah.. angah dh kecewakan abah, arwah mama n arwah wan

dh xtahu nk smbung dgree apa lepas nie
xkan nk kena kata bye2 kat law, kat lawyer


dus2
knp la x pulun btul2 waktu wat muet
tp bnda dh jd
xleh nk patah2 balik dh
len la nk motor
leh kona balik...

~moral of the story:
jgn pikir mudah jer,,, kan dh rosak masa depan,,, hadoi,,, naya lorh cm nieee...

Tuesday, June 29, 2010

~kuku oh kuku~


Potong Kuku Cara Islam (Sunnah)

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Sila rujuk

(1) http://madani.16.forumer.com/a/sunnah-of-cutting-nails_post895.html

(2) http://www.hulchul.net/HC/lofiversion/index.php/t163687.html

(3) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-14897.html

(4) http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

(5) http://nukilanlaila.blogspot.com/2005/10/adab-memotong-kuku.html

.

MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)

Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.

Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,

Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,

Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.

Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.

Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.

Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.


SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMaat

*di ambil dari facebook kenalan

Sunday, June 27, 2010

~mimpi oh mimpi~



Bila seseorg tu dh masuk mimpi kita, tu apa tndanyer ye? Orang kata kalu kita mimpi seseorg mgkin org tu jugak dh mimpi kita or bakal mimpi kita.

now its begin:

mimpi satu: malam kemarin mimpi kawen ngn dia(halamak cm bdk2 la plak cm men kawen2 tu). mmpi tersebut teramat la best.. rasa cm kawen btul2 la plak.. anywy tu la kali pertama mimpikan si dia..

mimpi kedua: tido ptg td.. hahaha.. mimpinyer perlu di rahsiakan di sini or even dimana2 aja..lepas mimpi si $%$^$ rasa cm nak lompat2 jer katil double-decker kat u nie biar smpai patah liuk... hahaah.. gmbira smpai nk senyum kuar dr pipi...


wondering: cm ne la dia leh masuk dlm mimpi I padahal.. x penah pikir sal dia pon... adoi.. g la dok diam2 dlm mimpi sndiri.. nie sibuk jer jln2 ke mimpi org(padahal suka gila mimpi dia)..

end: mimpi tetap akn terus jd mimpi.

Tuesday, June 22, 2010

~deman gym melanda~




sejak dua tiga hari nie.. i makin aktif ke gym...
well nk kuruskan badan la katanyer... tp xtau la smpai mana tahan..
takut hangat2 tahi ayam jer nanti. hari pertama kat gym, excited giler. suma Bnda nak di cuba.. ada la satu alat tu yg men angkat2.. mak aiiii berat btul.. smpai sakit bahu2


currently.. still g gym lg..
suma... plz doakan kejayaan sy... ayaiyai..
beta nak berubah!!!!
jeng3!!!!
~bertukar~

Sunday, June 20, 2010

~MENCARI RANGKA!!~


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.


Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…



~tersentuh bc cita nie..~
~menarik n tertarik~
~currently masih lg mencari siapa si dia~
~sapa si rangka bg si tulang rusuk ini~
~Allah.. temukanlah aku dgn seorang lelaki yang dpt membawa aku ke syurgaMu~
~amin~

Wednesday, June 16, 2010

suka dia

~sy suka dia~
~tp xtau la dia tahu ke x~
~bila jmpa dia or bertembung ngn dia.. jntung sy berdegup kencang~
~smkin hari smkin suka plak(aiya..tergatal plak)~
~tp~
~adakah dia trbaik utk sy?~
~or adakah sy terbaik utk dia?~


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi
kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216)


Tuesday, June 15, 2010


Bila nak jd cantik nie???

~ setiap masa n detik ku hitung dlm hidup nie~
~hnya utk menunggu bila aku nk jd cantik~
~ kalu aku aku magis~
~ leh le aku tukarkan diriku ini menjadi cantik~
~hahaha..~
~ angan2 kosong only~
~bila aku jd cantik.. do i will notice it?~
~kwakakaka~
~yg penting~
~doa3~

Monday, June 14, 2010

kasih kekasih


~tiba2 rasa nk dgr lagu kasih kekasih dr inteam~
~mmm...lagu tema percintaan aku n si dia suatu masa dlu~
~lagu yg slalu si dia dendangkan utk aku~
~dgr jer lagu nie... satu persatu memori cinta duka,suka aku n si dia bermain2 di igtan aku~
~ apa2 pun hanya satu aku doakan~
~"Kita Akan Disatukan Dengan Ikatan Pernikahan " bait2 dlm lirik tu suatu hari nanti akan jd kenyataan~ Aminnn


Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan


Tuesday, June 8, 2010

~ rasa cam nak jerit~

~knp yea sjak 2 3 hari nie,,,kesunyian melanda diriku?~
~kdg2 tu rasa cm nk jerit jer kuat2.. biar pekak suma org~
~ kdg2 tu plak rsa cm nak nangis jer~
~ Ya Allah~
~ andai aku berdosa.. ampunkan lah aku~
~ aku cuba muhasabah diri sendiri~
~ aduh~
~aku x keruan~
~ jantung aku berdebar2~
~ apakah suma nie~
~ aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
~ jom p pntai.. nk jerit2~

Wednesday, June 2, 2010

Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu

Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar

Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan

Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

Menangis hati ini
Ku juga bersimpati
Hancurnya harapanku
Maafkan sayang

Kasihmu yang berubah
Aku pun tak menyangka
Itulah alasanmu, pergilah sayang

Biar rindu di kejauhan
Menemani hati yang gelisah
Semoga bertemu jua kebahagiaan

Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang menimpa

Friday, May 14, 2010

Beg puma!!!




Baru2 nie!!! pas abis speaking muet kat skool smk sri muda... amrah n lela ajk g pcfc!!! konon2 nk g men bowling la!!! huhuhu!! last2 x jd.. kami window shopping jer pun!!!
hmpir2 nak melangkah pintu kuar!!! lela tiba2 ajak g tgk tie... dia kata nk beli utk pakwe tercinta beliau!!huhuhu!!!

so kami pun patah la balik masuk kedai cari tie!!!

tp last2.. suma tie yg ada lari dr bajet si lela cumil tu!!!

kami ronda2 smpai kat satu bahgian tu aku terstop jap,,,, berkenan bebenar la ngn beg2 yg ada kat situ!!! tp masalahnyer!! kat dompet aku ada rm10 jer pun... harga beg tu 150++!!!


kemalasan melanda kakiku utk melangkah ke bank yg berhmpiran utk kuarkan duit beli beg tu!!! so terpaksa la awk delete niat aku tu utk beli beg puma warna pink tu,,,

hnya gmbar diatas menjadi tatapan ku shari2an...




huhuhu!!! next week.. aku bertekad nk g beli gak beg tu!!! huhuhu..


end!!!!